بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Selamat datang ke Pembangunan Pengkalan Data Bibliografik Batik Warni !
Di sini merupakan Pengkala Data bagi pengumpulan maklumat di dalam bidang kesenian melayu iaitu Batik. Terdapat 5 koleksi maklumat yang telah dikumpulkan bagi membantu pengguna.
Antara maklumat terperinci berada dibawah:
Butiran:
Tajuk: Pembangunan Pengkalan Data Bibliografi Batik Warni
Tajuk laman web: Batik warni
Sasaran: Pelajar pengajian Melayu, Pengkaji, Pensyarah
Objektif:
1) Sediakan sumber bibliografi beranotasi dalam bidang mata pelajaran Batik Kesenian Melayu
2) Memperkayakan sumber dalam bidang mata pelajaran Batik Kesenian Melayu
3) Menyediakan sumber rujukan maya dalam bidang Seni Batik
Untuk makluman, Ini merupakan 'Special Project' saya dalam menjalani Latihan Industri di Perpustakaan Pengajian Melayu (PPM). Setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Haslan Tamjehi selaku pegawai saya di PPM yang memberikan tunjuk ajar dan panduan selama ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada rakan sepejuangan saya iaitu Nurul Najwa Shami dan pekerja-pekerja PPM iaitu En. Jasny dan En. Khairul Anuar dalam penglibatan sepanjang menghabiskan projek ini.
Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pembikinan projek khas ini. Terima kasih tidak terhingga. dari lubuk hati yang paling dalam saya amat menghargainya.
-Nurin Jaslina Ahmad Shofee