Tanah liat alternatif baharu hasilkan batik di Terengganu
Dublin Core
Title
Tanah liat alternatif baharu hasilkan batik di Terengganu
Description
Tanah liat sebagai alternatif kepada penggunaan lilin bagi membuat lakaran motif batik.
Source
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/920588/tanah-liat-alternatif-baharu-hasilkan-batik-di-terengganu
Publisher
Berita Harian Online
Date
2022
Format
Text
Text Item Type Metadata
Text
"Tanah liat yang digunakan adalah bahan yang sama untuk penghasilan produk tembikar dan seramik. Ia adalah bahan alternatif kepada bahan penghalang warna dalam penghasilan batik kaedah tradisional selama ini iaitu campuran lilin," katanya.
Penggunaan tanah liat untuk lakaran motif batik itu adalah inovasi baharu Kraftangan Malaysia, sebagai alternatif penghasilan batik yang lebih jimat dan mudah dikendalikan.
Sementara itu beberapa usahawan yang ditemui berpendapat, penggunaan tanah liat lebih mudah berbanding campuran lilin dan damar.
Norazizah Kasim, 43, berkata tanah liat lebih mudah didapati di pasaran, harganya lebih rendah dan proses penghasilan batik boleh dilakukan dalam suasana yang lebih selesa, tanpa perlu berdepan bahang api seperti teknik campuran lilin dan damar.
"Blok batik hanya perlu dicelup sebentar dalam bancuhan tanah liat, dan kemudiannya diterap pada kain dan dibiarkan hingga kering sebelum proses mewarna dilakukan.
"Penggunaan tanah liat ini tidak memerlukan pekerja mahir untuk melakukannya, kerana dengan sedikit kreativiti sahaja, lakaran batik yang cantik sudah boleh dihasilkan," katanya yang memfokuskan kepada teknik tie dye selama ini melalui syarikatnya, Gee Batik Collections.
Antara jualan batik yang dijangka mendapat sambutan hangat dalam dua festival itu nanti ialah kemeja, blaus, seluar palazo, tudung, baju kelawar dan jubah.
Bagi Mohd Shawal Awi, 37, pula teknik penggunaan tanah liat sangat sesuai untuk generasi muda yang berminat untuk menceburkan diri dalam penghasilan batik, kerana jika terdapat kesalahan dalam proses terapan, ia boleh dipadam dan tidak berlaku pembaziran kain.
"Itu keunikan guna tanah liat, sesiapa pun boleh belajar dan tidak perlu risau risiko kain yang membazir akibat kesalahan, ketika proses menerap blok batik. Paling penting, proses pembuatannya adalah sangat selesa dan selamat," katanya yang terkenal dengan pelbagai rekaan batik untuk lelaki.
Seorang lagi usahawan batik, Suhaila Muda, 41, berkata penggunaan tanah liat juga lebih mudah, kerana tidak lagi perlu melalui proses merebus kain untuk membuang campuran lilin dan damar.
"Sebaliknya, kain hanya perlu dibasuh sahaja dan dijemur untuk proses mewarna pula dan ia lebih menjimatkan masa dan kos bahan api untuk proses merebus," katanya.

Collection
Citation
“Tanah liat alternatif baharu hasilkan batik di Terengganu,” Batik Warniku, accessed June 12, 2026, https://www.batikwarni.nusa.my/omeka/items/show/106.