Teknologi Pemprosesan Batik Melayu di Kelantan

Dublin Core

Title

Teknologi Pemprosesan Batik Melayu di Kelantan

Description

Kajian yang mengkaji proses penghasilan batik yang eksklusif di Kelantan

Creator

Siti Aisyah Amilin

Source

https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/153/104

Publisher

Universiti Kebangsaan Malaysia

Date

2018

Format

Text

Language

Bahasa Melayu

Text Item Type Metadata

Text

Sejarah batik di Kelantan dan sejarah perkembangan di negeri tersebut jelaslah bahawa dibangunkan dan diusahakan oleh Encik Mohd Salleh pada tahun 1911. Beliau adalah orang pertama yang mengusahakan batik Kelantan sehingga kini anaknya meneruskan perusahaan batik di negeri tersebut. Meskipun batik bermula di Indonesia dan dibawa ke Pantai Timur, namun batik Kelantan mula mengorak langkah sendiri dan menghasilkan corak-corak yang tersendiri. Mengetahui tentang sejarah batik di Kelantan dapat dilihat bahawa banyak pengusaha-pengusaha batik di Kelantan tidak kira sama ada secara kecil-kecilan mahupun secara industri. Mengikut Encik Faizul Azha bin Ibrahim, Pegawai Ehwal Ekonomi di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan berkata, terdapat tiga ratus lebih usahawan yang berdaftar di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan. Usahawan yang berdaftar ini mempunyai pelbagai bidang iaitu kraftangan mereka rotan, buluh, bakul, ukir mengukir dan juga batik. Pertumbuhan batik di Kelantan setiap tahun semakin meningkat kerana permintaannya yang semakin meluas namun tidak ramai yang mempunyai seni lukis yang halus untuk menghasilkan batik eksklusif. Perkembangan batik di Kelantan mula meningkat apabila kerajaan mengarahkan pemakaian batik pada setiap hari khamis kepada seluruh kakitangan penjawat awam dan jugapelajar yang berasrama. Perkembangan dari corak tradisional kepada batik kontemporari semkain mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia

Collection

Citation

Siti Aisyah Amilin, “Teknologi Pemprosesan Batik Melayu di Kelantan,” Batik Warniku, accessed June 12, 2026, https://www.batikwarni.nusa.my/omeka/items/show/113.