Ciri-ciri Keindahan Dalam Penghasilan Rekaan Batik Kontemporari Berinspirasikan Motif Abstrak
Dublin Core
Title
Ciri-ciri Keindahan Dalam Penghasilan Rekaan Batik Kontemporari Berinspirasikan Motif Abstrak
Description
Karya seni reka batikmempunyai tafsiran yang luas dan bukan sahaja dilihat menerusielemen formal, bahkan turut memancarkan perspektif adat dan budayatradisi masyarakat.
Creator
Zamrudin Abdullah,
Sabzali Musa Khan,
Siti Rohaya Yahaya,
Mohammad Radzi Manap
Sabzali Musa Khan,
Siti Rohaya Yahaya,
Mohammad Radzi Manap
Source
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21232/10822
Publisher
Jurnal Pengajian Melayu
Date
2019
Format
Text
Language
Bahasa Melayu
Text Item Type Metadata
Text
Dalam buku Falsafah dan Kritikan Seni (2004) hasil tulisanMohd. Johari Ab. Hamid ini juga Winckelmann didapati telah membicarakan perihal kebolehan individu menyedari kewujudan keindahan seni. Beliau menggabungkan pemerhatian dan objek-objekyang diperoleh dengan tujuan untuk mengenali dan menyedari nilai-nilai keindahan. Sebagai contoh, apa yang dihayati oleh seseorangindividu itu agak menarik tetapi tidak menurut seorang individu yang lain. Aspek pandangan seseorang individu yang melihat fesyen berwarna kebiruan sebagai menarik dan ada daya tarikan apabila memandangnya, namun sebaliknya, tidak menurut seorang individu yang lain yang menganggap warna lain sebagai warna yang lebih indah daripada warna kebiruan tersebut. Apabila berlakunya persepsi yang berbeza, maka keadaan tersebut akan memberikan kesan kepada pengamatan seseorang individu yang menyatakan fesyen kebiruan itutiada nilai keindahannya seperti yang dimaksudkan. Gaya pengamatan dan keupayaan untuk mentafsir yang dimiliki oleh seseorang individu itu sudah pastinya berbeza. Kebolehan individu untuk mengenali atau memahami keindahan adalah tidak sama. Sebagai contoh, seseorang individu yang dikatakan tidak mempunyai bakat atau kebolehan melukis tetapi sebaliknya, tidak boleh menerima kenyataan bahawa penghasilannya tidak mempunyai nilai-nilai estetik seperti yang dikehendaki. Dalam erti kata yang lain, pelukis tersebut tidak mempunyai kebolehan untuk memahami,mengenali, dan menghayati keindahan sesebuah karya seni. Menerusi konteks keilmuan, estetika merupakan bidang kajian falsafah tentang the science of beauty (iaitu tentang hakikat nilai keindahan). Hal ini melibatkan sensitiviti atau kepekaan deria pengamatan dan pemerhatian seseorang individu dalam bidang seni.Konsep estetik kelazimannya dikaitkan dengan pendekatan apresiasiseni yang merujuk kepada keinginan untuk memahami dan mengkajinilai-nilai keindahan yang terdapat pada lakaran lukisan dan rekaan yang wujud dalam sesebuah karya seni. Ramai penulis dan ahli sarjana mengakui bahawa aspek formalistik merupakan faktor utama dalam melihat dan menganalisis nilai-nilai keindahan sesebuah karya seni. Pendekatan kepada ekspresi diri yang lahir daripada pengalaman dan pengamatan keindahan melalui apresiasi seni itu sendiri
Collection
Citation
Zamrudin Abdullah,
Sabzali Musa Khan,
Siti Rohaya Yahaya,
Mohammad Radzi Manap, “Ciri-ciri Keindahan Dalam Penghasilan Rekaan Batik Kontemporari Berinspirasikan Motif Abstrak,” Batik Warniku, accessed June 12, 2026, https://www.batikwarni.nusa.my/omeka/items/show/116.