48 koleksi busana batik guna bahan semula jad

Dublin Core

Title

48 koleksi busana batik guna bahan semula jad

Description

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) menampilkan 48 koleksi baharu fesyen batik bersempena kempen 'Ini Batik Malaysia' dengan kombinasi teknik konvensional dan alternatif menggunakan bahan semula jadi serta bersifat mesra alam

Creator

Latifah Arifin

Source

https://www.bharian.com.my/wanita/fesyen/2022/08/988374/48-koleksi-busana-batik-guna-bahan-semula-jadi#google_vignette

Publisher

Berita Harian

Date

2022

Format

Text

Language

Bahasa Melayu

Text Item Type Metadata

Text

Bermatlamat memartabatkan batik supaya menjadi pilihan seluruh keluarga Malaysia, Kraftangan Malaysia terus berevolusi melalui kajian inovasi yang dilaksanakan melalui pereka dalamannya dalam usaha menarik minat segenap lapisan masyarakat.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, 'Ainu Sham Ramli, berkata acara Peragaan Fesyen Batik Malaysia yang diadakan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 (MAHA 2022) semalam, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) mengadaptasikan konsep Agrotourism dengan penghasilannya menggunakan tumbuh-tumbuhan dan tanah.

"Rekaan diperagakan adalah hasil kajian inovasi yang dijalankan tahun lalu dengan semua pakaian disiapkan pada tahun ini oleh pereka dalaman Kraftangan Malaysia.

Collection

Citation

Latifah Arifin , “48 koleksi busana batik guna bahan semula jad,” Batik Warniku, accessed June 12, 2026, https://www.batikwarni.nusa.my/omeka/items/show/119.