Dua sekolah di Sarawak mulakan projek perintis batik canting
Dublin Core
Title
Dua sekolah di Sarawak mulakan projek perintis batik canting
Description
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui program Studio Kraf Kreatif telah memilih dua sekolah di daerah ini untuk dijadikan sebagai projek perintis bagi aktiviti mewarna batik canting sebagai usaha memupuk minat kanak-kanak agar mencintai seni kraf.
Creator
Unknown
Source
https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/21/dua-sekolah-di-sarawak-mulakan-projek-perintis-batik-canting
Publisher
Utusan Borneo Online
Date
2022
Format
Text
Language
Bahasa Melayu
Text Item Type Metadata
Text
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebagai permulaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Simunjan dan Sekolah Kebangsaan Abang Man Simunjan diberikan sejumlah 200 kit batik canting untuk program ini.
"Program ini diadakan berterusan dan kita mahu menggalakkan sekolah-sekolah mewujudkan persatuan kraf dan perkara ini kita akan bincang dengan Kementerian Pendidikan.
"Setakat ini, kita baru bermula dengan memberikan kit supaya pelajar dapat membiasakan diri. Kita nampak kreativiti mereka dari segi pemilihan warna," katanya kepada pemberita selepas penyerahan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di sini, hari ini.
Menurut kenyataan MOTAC, pemberian kit itu bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan teknik, bahan dan proses asas dalam penghasilan produk kraf tempatan di peringkat akar umbi khususnya bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.

Collection
Citation
Unknown, “Dua sekolah di Sarawak mulakan projek perintis batik canting,” Batik Warniku, accessed June 12, 2026, https://www.batikwarni.nusa.my/omeka/items/show/131.