Permasalahan Dalam Pembangunan Industri Batik Di Terengganu

Dublin Core

Title

Permasalahan Dalam Pembangunan Industri Batik Di Terengganu

Description

Sebuah dapatan kajian menunjukkan permasalahan dalam industri batik melibatkan bahan mentah, pekerja, dan pasaran dan persaingan. Oleh itu, kerajaan dan agensi yang berkaitan perlu memberi tumpuan kepada isu-isu ini bagi memastikan kemampanan industri ini pada masa hadapan dan generasi muda dapat memahami batik sebagai promotor budaya Malaysia dan warisan bernilai tinggi yang perlu dipelihara.

Creator

Noor Haslina Mohamad Akhir
Normaz Wana Ismail

Source

https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkem2015/PERKEM_2015_3A2.pdf

Date

2015

Language

Bahasa Melayu

Text Item Type Metadata

Text

"Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian hasil kraf tempatan. Majlis Kraf
Dunia-Asia Pasifik (WCC-APR) mengiktiraf batik Malaysia sebagai salah satu kraf tempatan yang
terkenal di peringkat global. Industri kraf di Malaysia dikategorikan kepada hasil logam, hasil tanah,
hasil hutan, tekstil dan aneka kraf (Kraftangan Malaysia: Laporan Tahunan 2012). Batik merupakan
salah satu produk kraftangan berasaskan tekstil (Amin, 2006). Oleh itu, batik adalah satu teknik untuk
menghiasi kain dengan rekaan corak yang menggunakan lilin sebagai penahan untuk menghalang
warna menembusi bahagian lain atas kain yang telah dicorakkan (Kheng, 2002).
Perkembangan awal batik di Malaysia dipercayai bermula di Kelantan dan Terengganu (Azmi
et.al, 2009, Yunus, 2011). Dalam kes Malaysia, kebanyakan pengusaha batik menetap di kawasan luar
Bandar. Oleh itu, sebagai industri luar bandar, batik mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan dan kemudiannya menjadi penyumbang utama kepada pendapatan isi rumah
masyarakat setempat (Redzuan and Aref, 2009). Walaupun batik adalah industri luar bandar, tetapi ia
boleh bertindak sebagai kain, kraf dan seni Malaysia pelbagai fungsi (Yunus, 2011). Oleh yang
demikian, batik telah diiktiraf sebagai produk warisan negara yang bernilai tinggi (Hairuddin, Md.Noor
and Ab.Malik, 2012; Mokhtar and Wan-Ismail, 2012). Sebagai produk warisan negara, melalui konsep
1Malaysia, batik telah diklasifikasikan sebagai pakaian kebangsaan bagi setiap lapisan masyarakat
yang mampu menjadi penyatu dalam sesebuah negara berbilang kaum."

Collection

Citation

Noor Haslina Mohamad Akhir Normaz Wana Ismail , “Permasalahan Dalam Pembangunan Industri Batik Di Terengganu,” Batik Warniku, accessed June 12, 2026, https://www.batikwarni.nusa.my/omeka/items/show/73.