Batik Terengganu ini guna kaedah tradisional; kekalkan keaslian

Dublin Core

Title

Batik Terengganu ini guna kaedah tradisional; kekalkan keaslian

Description

Pengusaha Batik Terengganu yang mengekalkan kaedah tradisional bagi menjaga keaslian Batik

Source

https://berita.mediacorp.sg/gaya-hidup/batik-terengganu-ini-guna-kaedah-tradisional-kekalkan-keaslian-72361

Publisher

Mediacorp

Date

2020

Format

Text

Text Item Type Metadata

Text

Pengusahanya, Encik Kamis Kassim, 55, berkata beliau lebih selesa menghasilkan batik dengan kaedah tradisional kerana ia mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding kaedah moden menggunakan mesin.

"Ini adalah warisan kita, ada seninya dan sentuhan unik yang lahir dari jiwa, hasil pelbagai proses dari mula pekerja menekap blok batik, mewarna, merebus dan menjemur sehingga kering. Semua itu harus dipelihara kerana ia adalah kemahiran dan bakat yang istimewa," kata Encik Kamis, yang sering menjadi rujukan pelajar universiti dan pihak yang mahu membuat kajian mengenai pembuatan batik asli Terengganu.

Katanya perbezaan ketara yang dapat dilihat pada pembuatan batik dengan kaedah tradisional ialah dari segi warna yang tahan lama dan tidak mudah luntur, kepelbagaian corak melalui blok batik yang ditekap serta campuran warna unik yang dihasilkan mengikut kreativiti pengusaha.

"Namun, agak mengecewakan kerana masyarakat tidak dapat mengenali perbezaan ini kerana tidak mendapat penerangan yang tepat daripada penjual. Ini agak merugikan kerana dikhuatiri mereka akan rasa tertipu apabila batik yang dibeli bukanlah batik asli Terengganu seperti yang diuar-uarkan," katanya ketika ditemui pemberita di bengkelnya baru-baru ini.

Bapa kepada lima anak itu bagaimanapun tetap menghormati cara pembuatan batik oleh pengusaha lain, namun berharap penerangan tepat akan diberi kepada masyarakat agar mereka tidak keliru dengan harga, kualiti serta keaslian batik tersebut.

Beliau juga berharap kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu agar pembuatan batik Terengganu dapat dijadikan daya tarikan pelancongan dengan konsep 'factory outlet' agar pelancong dapat mengetahui keistimewaan warisan seni itu dengan lebih mudah sekali gus membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Bermula Januari lepas, Encik Kamis tidak lagi membuat batik basahan sebaliknya memberi fokus kepada pengeluaran kain batik pasang menggunakan fabrik sutera kapas yang diimport dari Indonesia memandangkan masih belum ada pengusaha lain yang menghasilkan batik menggunakan fabrik itu ketika ini.

Collection

Citation

“Batik Terengganu ini guna kaedah tradisional; kekalkan keaslian,” Batik Warniku, accessed June 12, 2026, https://www.batikwarni.nusa.my/omeka/items/show/103.