Batik Terengganu penuhi citarasa Keluarga Malaysia
Dublin Core
Title
Batik Terengganu penuhi citarasa Keluarga Malaysia
Description
16 usahawan kraf batik di negeri ini bersedia mengeluarkan produk menggunakan inovasi terkini dalam penghasilan batik
Creator
Media Baharu
Source
https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/34599-batik-terengganu-penuhi-citarasa-keluarga-malaysia
Publisher
Berita RTM
Date
2022
Format
Text
Language
Bahasa Melayu
Text Item Type Metadata
Text
Penggunaan bahan penghalang warna berasaskan tanah liat mampu memberi penjimatan kos bahan dan memendekkan proses penghasilan batik berbanding menggunakan lilin sebelum ini.
Pengarah Kraftangan negeri, Fazlin Mohd Zaki berkata kali ini tiga jenis batik beridentitikan Terengganu akan diketengahkan menggunapakai teknik tanah liat.
"Antaranya batik clay marble, skin marble dan skrin marble clay. Inovasi tersebut menghasilkan corak atas permukaan kain melalui terapan blok.
"Marble ini menjadi sebahagian identiti di Terengganu dan digabungkan dengan penghasilan teknik clay jadi ia batik yang sangat unik dan eksklusif kepada peminatnya," katanya di sini.
Sementara itu, usahawan batik terlibat di bawah Program Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf Batik Kuala Terengganu komited menyiapkan produk batik wajah baharu berkenaan. Bagi Suhaila Muda, penggunaan tanah liat dalam penghasilan batik lebih selamat.
"Menggunakan bahan semula jadi, tiada kesan terhadap persekitaran lebih selamat," katanya.
Kesemua produk batik eksklusif berasaskan teknik berkenaan akan diperkenalkan kepada umum pada Festival Kraf Tekstil Pantai Timur bermula 17 Februari ini.

Collection
Citation
Media Baharu, “Batik Terengganu penuhi citarasa Keluarga Malaysia,” Batik Warniku, accessed June 12, 2026, https://www.batikwarni.nusa.my/omeka/items/show/104.